Tiada tajuk.

Adakah insecure itu sebahagian dari ketidakmatangan seseorang?

Selalu aku fokus pada kelemahan diri.
Suka compare kehidupan sendiri dengan orang lain.
Jari jemari terlalu rajin dengan media sosial sedangkan aku tahu
itupun sebahagian dari tiket memperkecilkan diri.

Bernasib baiknya aku walaupun sedikit apabila punya circle yang kecil.
Sekecil ini pun akan buat aku insecure dengan diri bila melihat orang sekeliling
mendirikan rumah tangga. Bayangkanlah apatah lagi circle yang besar.

Aku selalu menyalahkan kematangan diri.
Dibelakang batu aku mungkin nampak besar.
Didepan batu akan buat aku rasa terlalu kecil.

Hal ni sama sekali tidak menyenangkan perasaan aku.
Wahai manusia, wahai kawan.
Berhentilah bertanya bila aku mahu kahwin.
Sanggup ke aku mengaku untuk tidak mahu berkahwin meskipun
hati kecil ini mahu..
Terlalu banyak TAPI disebalik sesebuah kenyataan.

Rasa sedih.
Rasa marah.
Tapi aku lebih memilih untuk berdiam disebalik ketawa tipu ini.

Hal ini terlalu berat untuk aku lalui.
Tidak dapat diungkap, ditulis pun aku tidak mahu.
Perasaan ini hanya menempel di dalam hati.
Tidak dapat letak dihujung bibir sekalipun.

Sakitkan perasaan itu.

Sedang aku membonceng pun fikiran ini masih lagi bekerja untuk hal seperti ini.
Kadang aku mampu menggeleng kepala untuk lupa.
Kadang bertakung juga perasaan ini.

Ya Tuhan, aku terlalu banyak overthinking.
Aku terlalu takut untuk keluar dari posisi yang aman ini.

Ya Allah, sempatkanlah aku untuk bertaubat.
Sucikanlah diri aku dari segala kekotoran.
Ambillah nyawa aku dimasa iman aku sedang menggunung setara dengan
amalku. Penatkanlah aku di dunia ini didalam keredhaanMu, bukan hanya
dunia semata mata..