Rindu Abah .

Bismillahirrahmanirrahim

سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Heyy friends, harini aku ingin mengimbau kembali saat kenangan pahit dan berkongsi cerita yang paling perit hadir dalam hidup aku kepada kauorang.

Pada bulan yang lepas laa mase kita smua menyambut bulan puase, sangat seronok kan. Sebab bulan puasa kita akan terfikir untuk beraya bersama sama keluarga, nak pakai baju colour ape, nak baju berape pasang, nak duit raye, nak jumpe sedara mara, bermaaf maafan dan banyak yang sangat menyeronokan yang bermain di dalam minda kita. Huhh, sangat gembirakan kalau nak puasa, fikir raya bagai.

Tapi berlainan pula dengan keluarga aku, bila bulan puasa datang pasti akan terfikir nak berniaga di bazar ramadhan untuk setiap tahun lahh. Kira tak sah lahh kalau tak berniaga. Hm, by the way meniaga nii datangnya dari abah aku. Dia minat berniaga, dia cari rezeki dan membesarkan anak-anak dia pun dengan berniaga. Bulan puase lak untuk anak anaknye beraye walaupun penat berniaga setiap hari, balik pagi pagi buta dan kadang kalanya sampai ke sahur baru pulang kerumah.



Time tu pun aku belum sambung belajar, berkesempatan jugak untuk membantu abah aku ngan abang abang aku untuk tolong berniaga. Nak diingat ingatkan dari tahun tahun yang lepas, aku memang malas nak turun padang untuk berniaga tapi tahun ni lain lak mood aku. Sangat seronok sebenarnye berniaga bila wang ditangan, hasil titik peluh kiteorang sekeluarga.

Aku dan abah pada waktu berbuka biasanye laa akan balik rumah untuk berbuka ngan mak. Tapi agak mundar mandir abah aku wehh mase nak balik rumah, mesti berulang ulang alik dari khemah ke kereta. Itu maksudnye banyak benda yang abah aku fikir, semuanye difikirkannya. Kesian abah :( sehinggakan tak pernah pernah abah aku tidur mase berniaga, untuk tahun nii pulak abah aku tidur di belakang khemah, kesian abah, penat agaknye, hm, semuanya hendak dipikulnye. Abah jugak pernah cakap ngan kiteorang smua, tahun nii last abah meniaga. Kenapa lahh time tu kite tak perasan ea hint yang dah Allah bagi :(

Malam raya pulak, aku dan abang abang aku ngan abah. Balik kerumah sampai dah takbir raya, seronok dan penat waktu tu tapi akhirnye semua selesai. Aku abang abang dan abah penat gila time tu lepastu kiteorang tidur sebab mata masing-masing dah tak tahan sampai terlanjur tak pergi solat raya.

Lepas anak anak lelaki dah bangun , kiteorang sekeluarga pun bersiap siap untuk pakai baju baju raya kiteorang untuk balik kampung. Sangat besttttt ! Hm, biasenya kiteorang sekeluarga setiap tahun kire tak kisah pun pasal baju raya dan colour baju raya untuk dipakai. Tapi tahun ini abah aku nak kiteorang semua beli baju melayu berwarna hitam tapi tidak kesampaian. aku, abah dan abang Azri aku jeh yang pakai baju melayu colour hitam. Abah laa jugak yang tolong cari baju melayu aku colour hitam :(

Sebelum balik kampung, kiteorang sempat amik gambar sekeluarga kat ruang tamu. Ini dia gmbar kiteorang sekeluarga masa kat rumah .....


Lepas dah amik gambar, kiteorang pun sekeluarga terus balik kampung. Perasaan memang tak sabar lah kan sebab nak jumpe sdara, gilalah kan sebab susah nak jumpe sedara kalau hari biase.. Tiba kat kampung, aku jumpa nenek ngan sedara mara yang lain. Ade yang ade dan ade yang takde yang dah balik kampung dorang lagi satu. Tapi takpe, sekurang kurangnye ade kan daripada takde.

Dah berapa jam kat kampung, kiteorang balik lahh rumah. Sebelum balik rumah, macam biaselah aktiviti kiteorang sekluarga, amik gambar lagi :) Ni ha kat halaman kampung bemban ..


Inilah keluarga besar aku yang sangat bahagia pada kadang kalanye :p Aku jugak sempat mengambil gambar ngan abah dan mak.

Okay, untuk raye yang ketiga, aku sorang je pergi ke Johor Bahru ikut sepupu aku. Aku mula mula nak duduk sane dalam beberapa hari jehh, tiba tiba berlarutan sampai seminggu lebih. Sedih jugakla tak dapat beraye lagi di melaka ngan membe membe. Tetapi naseblah kan, tak jadi balik. Aku pun taktahu lah kenape aku tak jadi balik.

8hb9, waktu malam, aku tiba tiba rase rindu kat keluarga aku tapi aku hanya simpan dalam hati aku jelaa, buat apekan nak bagitahu orang. Macam budak budak jehh, haha. Pada malam tu, masa aku online, jumpe pulak gambar mak abah tengah makan. Sedihlaa aku sebab tak dapat follow. Biasenya kalau abah ngan mak keluar, aku le rajin ikut dorang. Tapi nasebnye aku kat jb kan.

9hb9/11, untuk raye yang kesebelas pada waktu petang, aku ngan sepupu aku dan pakcik sedara aku keluar nak cari lauk untuk dorang buat open house untuk esok hari. Mase ontheway nak pergi, aku dapat satu mesej dari akak sepupu aku 'Man..k.ina suh call dia..pokteh pengsan..'. Peh mase tu lahh kan aku dah tak sedap hati dah wehh. Sebab abah aku tak pernah dengar cerita pun dia pengsan tau, aku yang jauh dapat mesej macamtu memanglah terkejut.



Lepas mesej tu kan, aku dapat calling dari makcik sedara aku pulak, dengar suara dia lain macam je mase tu, pelik memang pelik. Hm, lepastu makcik aku pun cakap camnie 'Man, abah kau dah takde man, abah kau dah takde.' Huhh! 'Ya Allah' terungkap dalam hati aku masetu, tuhan sahaja yang tahu perasaan aku waktu tu. Serious time tu aku macam rasa nak demam jehh. Rasa macam dunia kiamat jeh time tuu :( Sedih tak terkata waktu tu lahh, aku just terdiam time tuu. Dalam fikiran aku waktu tu, aku nak balik aku nak balik aku nak balik!, aku nak tatap abah aku. Aku rindukan abah, aku yang macam dah hilang nafas waktu tu. Sepantas kilat hati aku .... huh memang tak boleh nak dibagitahu lahhh .


Tak lena masa otw balik rumah, hati memang bercampur pauk laa. Sampai je depan rumah,. Hati sedih gila tengok orang ramai kat rumah aku. That's mean YA abah aku memang dah takde :( Aku masuk dalam rumah, terus peluk kakak aku, memang tak dapat tahan nangis laa. Dulu abah ngan mak yang selalu jaga aku mahupun memandikan aku mase kecik laa, waktu tuu aku dan abang abang yang memandikan abah dan solatkan abah, stak terdaya sebenarnye tapi aku sekluarga kena teruskan jugak. Memang aku tak boleh nak bagitahu ape perasaan aku time mandi kan abah, depan mata. Abah memang tenang masa kiteorang mandikan dia, rasa macam dia tidur je :(. Dalam hati aku time tuu, nak abah bangun, cakaplah ngan orang abah untuk terakhir kali sebelum orang tidak dapat tengok wajah abah lagi :( Sedih sangat, dan perit sangat. Keluarga aku memang rasa kehilangan sangat jiwa dan raga kerana abah lah kami sekluarga bahagia. Tanpa abah, kami tidak punya apa.


Abah, sepantas itu abah tinggalkan orang. Abah yang menanggung kesakitan sorang diri selama ini, tidak berbilang apepun kepada kami. Sangat terkilan itu abah :( tidak dapat membantu abah diwaktu abah kesakitan, dan diwaktu abah menghembuskan nafas terakhir.

Abah, orang sayang abah ! Abah adalah ayah yang terbaik buat kami semua, takde sorang pun layak menggantikan abah. Abah, orang rindu abah, orang tak dapat beraya bersama same abah. Tidak puas rasenye hidup bersama abah, orang doakan abah tenang disane dan jangan lupakan kami ye abah sebab kami tidak pernah lupakan abah. Di setiap sudut dirumah ni mahupun didunia ini, ada kenangan kami bersama abah. Sangat sukar untuk melupakan abah. Terima kasih abah menjaga kami sehingga akhir hayat abah. 

Abah aku pernah cakap, dia akan bermain badminton selagi ada hayat, tulah tandanye. Kalau kauorang nak tahu, abah aku meninggal di court badmintan dan disitulah hembusan terakhir dia , dia diserang heart attack kerana terlalu penat bermain badminton. Kesian abah, banyak yang abah galatkan dan banyak yang abah tak dapat lihat lagi.




Abah, orang sayangkan abah sangat sangat dan rindukan abah.

Al-fatihah buat abah ~
Amin. The end.

5 ulasan:

  1. al fatihah buat arwah abah awak.

    BalasPadam
  2. mann~ takziahh.. sorry aku bru tao hrinie!~
    kau tao tak aku tersentuh gile bace post nie smpai nanges tak brhenti..tapela..semoge arwah dicucuri rahmat~

    BalasPadam
  3. dik sabar,,,, kite same dik...akk pon x rse hdup ngn ayh,,,xpuas rsenye,,, akk mngis n tros tringtkn ayh akk..sme2 kte bcekan al fatehah,,,, hanye doa anak soleh dan solehah serte amal sedekah die dpt membntu die disane,,,,tke cre syg,,,,asue....

    BalasPadam
  4. untung arwah abh kau dpt ank cam kau
    kau slalu lah sedekah al-fatihah dan bc quran untuk arwah
    insyallah..arwah tenang di sana

    BalasPadam