Forgiveness Eliminate Revenge.

Antara kemarahan , dendam dan kemaafan . Tiga istilah itu berada pada situasi berbeza namun ia berkait rapat antara satu sama yang lain .

Marah , dendam dan maaf sudah tentu laa kan kemaafan yang lebih utama tapi terdaya ke kita untuk lupakan sesuatu perkara yang membuatkan kita marah macam tu saja ? Lagi lagi perkara sensitif dan terus memaafkan orang terbabit ?

Dendam biasanya kan terhasil bila kita marah , perasaan yang membuak buak laa bila kita tahan tahan seorang diri sebab tak terdaya nak dipendam .

Perasaan marah bila kita tahan dan pendam dalam diri kita mungkin akan bertukar menjadi perasaan yang lain , iaitu dendam yang akan menyebabkan kemarahan itu berpanjangan .

Dendam itu adalah perasaan benci dan berat hati untuk kita memaafkan terhadap seseorang tak kiralah berterusan atau seketika . Dendam ni macam macam boleh jadi kalau kita terus berdendam .

  • Perasaan hasad dengki iaitu kita rasa lebih suka kalau orang yang membuat kesalahan pada kita itu ditimpa musibah , bencana atau pun kesusahan dan berduka dalam hidupnya . Ia adalah sesuatu yang tidak sepatutnya ada dalam diri masing masing .
  • Memutuskan perhubungan yang dulunya baik walaupun orang yang didendam itu ingin mengekalkan perhubungan tersebut . Contohnya kawan , dulu kawan baik , baik dan rapat sangat . Akibat terlalu berdendam dengan kesalahannya terus memutuskan perhubungan yang baik .
  • Tidak bersedia untuk menerima atau memaafkan pihak terbabit sebagai tanda memandang hina dan rendah kepadanya seseolah diri dia sendiri tidak mempunyai salah silap sepanjang hidupnya .
  • Berdusta ke atas orang yang didendamkan dengan mengumpat dan mendedahkan keburukan atau maruah yang sepatutnya kita pelihara .
  • Mengejek dan memerlinya seumur hidupnya sampai orang yang didendamkan terasa dah lali ngan semua itu .
  • Memusuhi ? Haaa tu dah memang laa kan lagi lagi menganiayainya .
Sekiranya perasaan dendam seseorang mendorong dirinya kepada tindakan macam yang aku nyatakan tadi sebagai contoh sudah tentu keadaan akan menjadi lagi buruk kan dan hukumnya dan tentu menjadi haram .

Kadang kadang kita perlu nilai diri kita terlebih dahulu . Jangan kita beranggapan seolah olah kita tidak pernah melakukan dosa . Cuba kita letakkan diri kita dalam situasi si orang yang didendam kan , dah tentu tentu kita juga mahukan kemaafan daripada orang yang tersebut kan .

Fikirlah dulu sebelum membuat sesuatu perkara , yang jahat tak selamanya jahat dan yang baik tidak selamanya baik . Meskipun kita adalah seorang yang baik dahulu kalanya , apabila kita berdendam seperti ini maka kita juga sama dan serupa saja dengan orang lain kerana dengan merasa diri kita cukup baik adalah silap . Semua orang ada baik buruknya jadi saling la memaafkan kerana mungkin satu hari kita membuat kesalahan terhadap orang lain , in sha Allah orang lain juga memaafkan kita .

Jangan lahh kita berdendam sehingga sanggup membuka keaibannya kerana didunia apabila kita membuka keaiban orang , diakhirat Allah akan membuka keaiban kita . MasyaAllah berfikirlah ye kawan kawan ......... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Don't forget to leave your comment friends :)