Aku Jahil ..



Tersentaknya aku pada hari ini akan terdengar sesuatu ,sesuatu yang berkait rapat dengan kita semua .. Kita yang dilahirkan sebagai seorang Islam .. Allahuakbar .

Islam itu mudah sebenarnya ,kenapa kita sebagai hambaNya selalu jahil tentang kemudahan itu? Pernahkah kita bertanya itu pada diri kita? Kita semua tahu Dia laa penyebab kita berada dimuka bumi melalui perut ibu kita sendiri .. Allah itu sempurna ,kita yang jahil tentang Dia . Allah telah memperagakan kepada dunia tentang kewujudanNya ,melalui Al-Quran . Petanda petanda besar kiamat hampir kesemuanya hendak dilengkapiNya ..Bersediakah kita? Pernahkah kita berfikir berapa lama Islam itu dapat dipertahankan ,dengan memperlihatkan duniawi sekarang . Mashaa Allah ..

Aku seorang yang jahil ,aku pendosa yang tiada hentinya ..Dosa itu samada secara terang terangan atau tersembunyi ,kadang kala kita tersedar , kadang kadang kita lalai ,kita leka ..Kita tidak perasan akan dosa yang kita lakukan .Kebelakangan ni ,aku terbangun dari tidur ,aku bangun dan kadang kala aku terlena semula ,terkenang akan diri aku ,siapa akuu ,betapa jahilnya aku kepada Dia ..

Allah Maha Pengampun wahai sahabat ..
Allah Maha Penyayang ..
Tidak kiralah berapa banyak dosa kita kepada Dia , lalu kita bertaubat .. Allah mengampunkan dosa kita .
Kasih Allah pada kita semua tiada tandingannya .Kenapa kita sering buat Allah murka? Tanyalah diri kita ..

Bumi kita sedang menunjukkan petanda petandanya akhir zaman ,aku takut itu ..Aku takut aku belum bersedia utk pengakhiran cerita dunia ini .
Ke syurgakah aku? Atau ke nerakakah aku? Wallahualam ..
Aku jahil Ya Allah ..pintu hati aku telah diketuk oleh kebesaranMu ..

Ya Allah ,aku dahagakan ilmu Ya Allah ..aku cemburu melihat orang lain ,aku cemburu. Aku ingin menjadi seperti mereka juga yang banyak ilmu didada tentang Islam . Aku hanya memohon istiqomah dariMu Ya Allah ,aku mencari keredhaanMu ,tiada yang lain , hanya keranaMu .. 

Penghijrahan bukan laa mudah ,ia amat sukar pada permulaannya ,aku takut utk berbicara ..aku takut ia hanya menjadi sekadar bicara kosong saja ,aku takut aku menjadi riak tapi pada keadaan sebenarnya aku masih jahil . Penghijrahan aku tahu ia memerlukan sokongan seperti solat yang menjadi tiang agama ,aku turut dahagakan persahabatan ,aku mahukan persahabatan yang dapat membuat jambatan aku bersama sama sahabat hingga kesyurgaMu ..In shaa Allah .Ya Allah ,aku cemburu melihat mereka yang mempunyai sahabat yang sentiasa mengambil berat ,sentiasa saling menasihati ,saling memperingatkan tentang Allah ..Aku turut perlu itu Ya Allah ..

Kau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui ..Allahuakbar .....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Don't forget to leave your comment friends :)