Citaku yang satu.


Assalamualaikum.
MashaAllah lama dah tak update sini. Diam terkaku lama tuan empunya corner ini.
Alhamdulillah diusia 21 tahun ni masih punya jantung yang berdegup didalam tubuh ni.
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih memberi peluang utk terus menghirup udara yg segar bugar ini meskipun dunia ini makin hari makin kotor.
21 tahun ni aku masih terlentang di atas katil seperti anak org kaya meskipun aku tahu akan tanggungjawab terhadap ibuku.
21 tahun ini juga banyak dugaan hati, emosi yang aku hadapi. Diri telah sedar akan apa yg perlu aku buat dan tidak. Mana yang baik, mana yang buruk. Ya aku tahu, itu ini.
Sedihh 😢 Apa yg aku sedih? Sedih melihat diri yg gagal. Gagal dlm apa jua sekalipun.
Kenapa dgn tubuh ni? Kenapa dgn diri ni? Adakah diri memberontak akan apa yg aku mahukan 2 tahun lepas?
Mana tak sedihnya, diri ini akunya sendiri. Membuat sesuatu keputusan itu aku punya sebabnya sendiri.
Melalui malam malam yg hampir setiap malamnya hati menjadi gelap gelita. Aku berfikir, aku mengenang.
Tak cukup dgn itu malah aku bermimpi. Petunjuk! Petunjuk dan petunjuk! Aku percaya ini semua dari Pencipta.
Seruan Dia mendatang sebelum Dia mahu menjemput aku.
Hampir setiap malam aku, aku berangan suatu hari nanti aku berpakaian serba putih. Kepala aku yg dibaluti kain diikat seperti serban.
Serba putih semuanya. Dikelilingi rakan rakan yg sedemikian rupanya. MashaAllah beruntungnya diri ini kalau itu dapat aku laluinya satu hari nanti.
Sentiasa berbual sentiasa saling mengingati, sentiasa beramal. Mahu merasa diri ini 24 jam seperti di Makkah yg sentiasa membuatkan kita mahu terus beribadah.
Allah.. lewat malam aku mengimpikan itu. Aku mahu dikelilingi org yg jujur, tulus, sentiasa mengajar dan mengajak aku utk mendekatiMu.
Diri ini tidak mahu berubah disini kerana aku pasti aku tidak akan berterusan dgn itu.
Bawalah aku ketempat yg dapat membuat aku istiqomah, agar hati ini terus menjadi benar benar suci seperti bayi yg baru lahir dari rahim ibunya.
Allahu.. Salam'alaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Don't forget to leave your comment friends :)