Buat keluarga..

Wahai keluarga yg aku kasihi.. Maaf diatas segala kekhilafan sepanjang usiaku yg telah aku lakukan. Harap dihalalkan segala apa yg telah diberi.. Wahai keluargaku.. Lepaskanlah aku, aku cuma mahu kembali kepada Allah. Aku cuma mahu mentaati Dia. Aku cuma mahu menuntut segala yg telah aku janjikan pada Dia. Aku mahu menebus diatas segala dosa yg telah aku lakukan kepada Pencipta kita.. Telah jauh aku dariNya buat sekian lamanya. Minta bebaskanlah aku utk memberatkan sebelahku sahaja utk akhirat kerana selama 21 tahun ini aku telah memberatkan duniaku didalam buah fikiran. Dunia tiada apa kalau aku bijak, aku kaya, aku disanjungi, aku dikenali, aku dibanggakan.. berbanding jikalau akhirat aku tiada apa darjatnya. Tahukan kita wahai keluarga bahawa akhirat itu kekal, dan tiada lagi masa utk aku kejar itu setelah aku tiada. Apa yg kalian mahu utk aku berjaya di dunia, mahu aku senang di dunia, mahu kaya di dunia? Kenapa tiada seorang pun mahukan aku kaya diakhirat, senang diakhirat. Jika aku berjaya mencari sesuatu utk akhirat di atas dunia.. aku pasti akn menyenangkan kalian di akhirat kelak kerana aku akn menyelamatkan kalian jika aku mampu. Tahukah kalian bahawa hampir setiap malam aku menangisi kerana tiada yg mendukung aku utk ke 'Taman Syurga'. Aku benar benar mahukannya.. Aku memberontak wahai keluarga, aku tidak mengerjakan apa yg wajib kerana aku tidak dapat apa yg aku mahu. Kenapa kalian memaksa aku solat? Sedangkan tidak tahu apa yg aku kerjakan? Aku cuma mahu memahami apa setiap aku kerjakan.. Aku cuma mahu mengikhlaskan hati atas apa yg aku lakukan. Bukan sekadar solat kosong wahai keluarga.. Kalian tak faham apa yg aku maksudkan selama mana kemahuan yg aku mahukan, mahu lakukan. Aku cuma tahu aku telah gagal dunia dan akhirat :'(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Don't forget to leave your comment friends :)