Terlalu berat.

Masha Allah. Makin hari makin takut diri ini. Bertambahnya jahil, berkurangnya amalan. Ini mungkin nampak membuka keaiban diri tetapi tahulah bahawa setiap apa yg aku tulis hanya kerana diri ini tiada tempat mengadu. Ya sudah pasti aku mahukan Pencipta aku sbg medan tempat aku meluah, menangis, merayu. Sedang diri ini mahu berubah, bertaubat. Pasti ada yg menggoncang hati ini. Tahukah sahabat bahawa aku sudah lama merana utk ini seorang diri. Bukan mahu meraih simpati tetapi aku mahukan dorongan yg mendalam sentiasa. Penghijrahan yg benar itu lebih susah dari apa yg kita fikirkan.. Bukan semudah seperti kata kata ini "berubahlah..". Kau tak rasa apa manusia senasib aku rasa, aku tahu ramai juga seperti aku mahu berubah.. Malah mgkin lebih teruk dri dugaan aku. Amalan seluas lautan belum tentu dapat lawan seluas dan seberat dosa aku, kotornya aku. Beratnya hati, beratnya anggota badan utk melawan nafsu hati yg kotor ini. Tolonglahh wahai diri.. :'(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Don't forget to leave your comment friends :)