Duhai Hati.


Wahai hati,

makin hari makin degil kau wahai hati.
Kau degil tapi kau penakut,
kenapa dgn kau? Apa mahu kau?

Sekian lama hati kau Allah senangkan
tapi terkadang Allah bolak balikkan hati kau.
Kenapa Allah senangkan sedangkan tuan kau
tidak mentaati Dia?

Tahukah wahai tuan kau bahawa Allah
senangkan kerana Dia semakin menjauhi kau.
Tidakkah kau takut utk tuan kau sendiri kerana
tuanmu akan binasa hari kelak.

Wahai hati,
kau sendiri tahu kadang kadang diri kau
tidak terdetik apapun saat nama Allah terngiang
di telinga tuan kau.
Seharusnya kau gentar mendengar namaNya.
NamaNya sudah melambangkan kebesaranNya.

Wahai hati,
dan kenapa pula kadang kadang dirimu terdetik
bergetar mendengar ayat ayat Syurga di telinga tuanmu?
Kau merasa diri tuanmu terlalu banyak dosa ya?

Wahai diri,
untuk apa aku meraung duniawi sekiranya hati ini
bergetar seketika,
Lepaskanlah aku.. aku mahu menuruti segala
perintahMu.
Cuma aku seringkali tersungkur.. aku tidak kuat.
Aku insan yang lemah. Bantulah aku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Don't forget to leave your comment friends :)