Aku si papan rapuh.

Malam adalah saat yg sesuai utk kita hitung berapa banyak dosa kita.
Dikala kita keseorangan, sepi di ruang kamar sendiri sambil terbaring beralaskan tilam bujang.

Gembira kita hitung dosa kita?
Kita sedihkan dgn apa yang telah kita lalui, tak terhitung sebenarnya..
Itu pengiraan kita, tak lagi kita dapat kira apa yang kita tak nampak dosa yg kita buat.

Sedarkan kau hanya mampu sebut dosa2 kau sedangkan kau waspada utk sebut kebaikan dan pahala2 kau.
Payah bila sesuatu tidak terluah.. Jadi pedendam di dalam hati.

Pernah tak kau rasa disaat hati kau mahu berubah kepada kebaikan, mahu tinggalkan apa yg jahilnya diri kau..
Berkali kali kau cuba.. Kau sangka kau berjaya, tetapi ditengah2 bila diuji keimanan kau yg senipis kulit bawang tu lalu kau rebah semula.

Sedihkan..
Pelbagai penghijrahan yg aku telaah, aku ambil tahu, aku baca, aku timba, aku dengar.
Penghijrahan itu terlalu indah bila kau kembali bersama Pencipta..
Betul kata mereka, bila kau mahu berubah bersiap sedia dgn iman yg ada pasang surutnya.

Kau rasa kau mampu, kelemahannya apabila kau sendiri.. Duduk sendirian.
Pasti disaat itu iman kau mula beraksi.
Aku sendiri rasa, malah aku dari salah satu manusia yg sehingga keharini gagal.

Aku bukan menjadikan agama aku satu perjudian.. tapi tak semua faham disaat kita diam tidak berkata apa sebenarnya kita memikir utk diri kita.
Org tak tahu, org tak tahu hati dan ikhlas kita.. Cuma tak semua org fhm sbnarnya kita sakit utk saat itu.
Apa mampu aku buat meminta petunjuk dari Allah. diminta agar diberi hidayah dan dikurniakan insan yg soleh utk hadir dlm sisi hidup aku.

Kau sedar tak sebenarnya org macam kita ni sebenarnya sedang berdiri diatas papan rapuh.
Tak pun kitalah sebenarnya papan rapuh itu, luaran tampak kukuh tapi bila dipijak sebenarnya rapuh dan tunggu masa utk dek usung je.
Teringin kan nak berdiri di atas batu batuan yang elok diperbuat, dihiasi.

Kau nak syurga? Kau berusahalah.
Tak kisah la kau rasa penat sekalipun, sebenarnya kau tak patut rehat pun kat dunia nie.
Kau nak rehat? Kau tunggu lepas kau masuk syurga.
Bagi aku dgn apa yg aku lalui semuanya bermula dari mata, sbb tu aku jadi apa yg aku jadi sekarang.
Peliharalah mata, in sha Allah tubuh yg lain akan terpelihara. Wallahualam.. Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Don't forget to leave your comment friends :)