K.I.A.S



Assalamualaikum.
Masha Allah Masha Allah.. Ni cerita lama lahh baru nak dikongsikan bersama.
Pada mulanya saja saja apply. Tak sangka pulak bebetul dapat.
Tahu tak betapa happynya hati dapat.
Kau tak tahu 3 tahun aku impikan untuk jurusan macam ni.
Aku terbayang suasana belajar untuk kolej macam nie. Allah.. macam
seperti apa yang kau mahu then kau dapat.

Contohnya kau nak sangat kereta ferrari lepastu kau dapat. Tak ke happy gila..
Haa something like that la, itu contoh hehe. Siapa yang kenal
aku mesti pelik kenapa jurusan ini yang aku nak aku happy.

Meskipun kau kenal aku 10 tahun pun, kalau suatu hari Allah hadirkan
sesuatu di dalam hati kau.. maka terjadi la ia. Aku baru kenal agama
cuma aku tak laksanakan. Apa kau rasa diri kau
seteruk dan sejijik dunia mampu untuk perubahan hanya sekadar
'talian hayat' hanya diri kau saja?

Tahu kan apabila kau mahukan perubahan yang istiqomah dan kau mahukan diri
kau benar benar kembali taat kepada Allah.
Bukan sekadar hanya untuk sebulan dua, tetapi untuk seumur hidup kau
untuk kau rasa selamat di alam Akhirat.

Bagi aku inilah saham aku untuk berubah, bermustautin ditempat orang.
Merubah persekitaran yang lebih baik, yang dapat merubah diri kau.
Dikelilingi si Hafiz2 semua. Masha Allah indahnya kalau itu aku dapat.

Bila kau bayangkan semua ini, kau mahukan tetapi ini semua terpaksa aku
lepaskan.. Entah la, hati benar2 mahu tapi bagi tidak membebankan ibu aku..
Kau rasa perlulah kau menolak ini. Takpela belum rezeki lagi untuk jejak
ke taman syurga dunia nie. Allah belum mengkehendakinya ia berlaku kann.

Aku benar2 mahu kumpulkan duit untuk aku sendiri tanggung kemasukan aku
ke tempat tu. Andailah nasi menjadi bubur suatu hari nanti. Aku nak kau tahu aku
sayang semua manusia yang sering mengingati Allah.. kerana sahabat sahabat semua la dunia ini
masih lagi mampu bertahan. Teruskan perjuanganmu para sahabat seagamaku. ALLAHUAKBAR!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Don't forget to leave your comment friends :)