Perutusan hati.

Kuutuskan diari ini buat manusia yg bersama dgnku semasa hayatku masih lagi bertamu di dunia..
Wahai ibuku,
Aku tahu betapa sukarnya engkau menjaga anakmu..
Lagi sukar aku menerima diri aku yg tidak berupaya menjadi anakmu yang terbaik.
Asalkan ibu tahu aku mahu menjadi anak yang soleh di dalam hidupmu..
Agar aku mampu menyambut tanganmu membawa kamu kesyurga sedangkan didunia aku tidak mampu memberimu segulung ijazah mahupun diploma..

Lilahi taala aku sudah lama berubah,
Aku cuma mahu syurga ibu,
Aku hanya mengimpikan syurga..
Tahulah bahawa disaat sisa sisa hidupku aku cuma mahu bersama ahli2 syurga iaitu sahabat sahabt yg soleh di dalam hidupku.

Apakan daya,
Aku telah lewati hidup aku di dunia,
Skrng aku di alam yang lain.
Aku terseksa ibu,
Aku tidak dapat memadam dosa dosaku yang lalu kerana aku telah gagal mendapat keredhaan dgn menepati janji aku kpd sang Pencipta.

Aku takut ibu,
Disaat usia hidupku, aku takut akan dosa dosaku menbawa aku ke api neraka yg begitu panas peritnya.
Setelah aku dipanggil ilahi,
Tiada lagi ibadah yg dapat aku kerjakan utk menempah tempat disyurga.

Aku kesal ibu,
Aku merana di alam dunia disaat aku tidak dapat menuntut ilmu agama.
Itulah yg aku inginkan disaat usiaku masih Allah pinjamkan.

Hidayahku menjadi sia sia,
Ibarat membiarkan nyawa keduaku dilepaskan begitu saja.
Aku meronta seorg diri di kamar setiap malam.
"Ibu.. aku mahu belajar agama ibu, aku rindukan Allah. Berilah aku peluang agar dapat aku mendekatinya disaat hidayah itu datang.. Tolong aku ibu, aku keseorangan tiada bimbingan yg kukuh utk aku tampil menjadi sebahagian hafiz2 yang ada di dunia ini.."

Masha Allah.. Aku usang dgn agama. Lelahnya agama aku ibarat hampir bersama mati dan tiada bekalan yg dapat aku bawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Don't forget to leave your comment friends :)