Kita Pelakon Dunia.


Salam. Masha Allah lama sudah tuan tanah tidak bertapa disini..
Berpuitis mengadu cerita disini.

Apa yang boleh diadukan? Pastinya tentang kehidupan
dan kesibukan manusia dengan hal hal duniawi.

Manusia umpama pelakon dunia, kita semua ada watak wataknya
diatas bumi milik Allah ini.
Apa pelik kita pelakon kepada cerita dunia ini tetapi diatas muka bumi
ada kerjaya manusia sebagai pelakon sedangkan
kita sendiri sudah ada wataknya sendiri di dalam novel "dunia".

Allahu.. cerita yang dibuat manusia indah indah belaka.
Duka yang akhir ceritanya bahagia.
Yang jahil akhirnya kembali kepada pangkalnya.

Tetapi kita sebagai pelakon dunia tidak boleh seindah
cerita yang direka manusia?
Semudahnya orang yang jahil tiba tiba
disisinya muncul si sahabat yang dihantar untuk menjadi
tiang untuk si jahil berubah, kembali kepada Allah.

Cerita dunia, aku sendiri meminta minta agar
didatangi manusia yang soleh untuk menghulur tangan,
menarik tangan aku untuk kembali bersujud di tanah miliknya Allah.

Apakah langkah aku sendiri harus bergerak mencari
si soleh? Aku seolah olah buta di akhir dunia ni.
Siapa Ya Rahman? Siapa Ya Rahim?

Iman tersembam dilantai bumiMu Ya Allah.
Hati seolah olah sudah gelap gelita.
Seperti tiada satu lilin pun dapat aku hidupkan di dalam hati ini.
Apa sebenarnya akan terjadi pada masa hadapanku?
Dan apa akan terjadi pada masa hadapanku yang selepasnya?

"Wahai sahabatku yang soleh, hadirlah kedalam hidupku, bantulah aku
pimpinlah aku untuk kembali menempah tempat di syurga."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Don't forget to leave your comment friends :)