I'll grow up too!




Assalamualaikum.

Weh weh wehh lama tak update blog, blog yang takde sesiapa baca pun. Haha :D dah lebih setahun tak update ni.

Kemungkinan langsung tak ingat pun ada blog haha. Kebelakangan ni teringat and throwback lak semua cerita dalam ni.

Teringat blog pun pasal kat tempat kerja hari hari hadap komputer dan teringat la balik pasal blog.. haa terus hadap nak update apa semua kan.

Okay jom kita lisan sikit kat dalam ni tentang apa yang nak aku kongsikan. Harini nak cakap pasal "KEMATANGAN".

Okay lah kebanyakannya lah mungkin dalam 98% masyarakat akan meletakkan umur seseorang tu dalam kategori samada dah matang atau tidak dan 2% tu mungkin tak kisah pun kau matang ke tak tu kau punya pasal lah. (Aku salah sorang dalam 2% tu 😃)

Aku jadikan diri aku sebagai contoh okay. 2017 ni umur aku sekarang 24, walaupun belum official lagi tapi orang akan cakap umur aku ni dalam kategori orang yang dah "sepatutnya" matang.

Tapi sebenarnya tak pun, serius belum. Sejujurnya aku letakkan diri aku mungkin dalam umur 15 tahun kot. Kenapa? Sebab aku rasa diri aku tak mampu lagi berdikari, macam macam lagi la aku tak boleh nak fikir sendiri utk diri.

Hm ramai k kawan aku dah kahwin, tetapi aku still awek pun takde dowh. Apalah expectation orang pada aku bila orang huha huha sana sini ada awek/pakwe nak kahwin nak tunang dan aku masih goyang kaki buat donno jeh.

Orang memaksa aku untuk jadi diri orang lain misalnya orang akan cakap, "kau cuba tengok si fulan tuh dah kahwin dah anak, dia macam orang dewasa", "si fulan tu sebaya kau eh, macam bukan je, dia nampak mcm bapak2 orang".

Huhh kusut orang komen macam tu. Mungkin lah kan setiap manusia ada flow kematangannya sendiri. Ada orang tu mungkin cepat matang, mungkin lambat.

Bukan takkan matang masalahnya. Sejujurnya aku sendiri nampak lah improvement aku sendiri dari segi kematangan tu, cuma lambat sikit je dari orang lain yang seumur dengan aku.

Tapi kenapa orang kisah eh, kita tak kahwin lagi, dia takut kita lambat kahwin. Takkan la aku nak paksa diri kahwin jaga anak orang sedang dalam aku belum matang. Taknak lah susah nanti bila dah kahwin.

Okay jangan cakap kau kahwin dulu nanti kau akan matang dengan sendirinya. Kita kenal diri kita dah sedia ke belum kan.

Kadang kadang aku jadikan kenapa aku lambat matang dari orang lain sebagai satu kekurangan. Perlu ke aku rasa macam tu? Ia buat down tau kekadang.

Adakah sebab aku anak bongsu? tak juga sebab ada jeh kawan2 yang bongsu tapi dah berdikar. Hidup jauh dari family, bawah umur dari aku lagi.

Perlu ke kisah tentang kematangan seseorang? Rasanya lebih baik dalam kalangan 2% tu kita buat tak tahu je. Kalau kau sendiri dah matang dulu sebelum brother2 atas kau, tahniah itu kelebihan kau. Aku rasa aku perlu banggakan kelebihan yang aku ada tapi orang lain takde sebagai satu semangat utk aku tak fikir pun kawan2 lain dah matang dah kahwin dah ada harta dah ada kereta. Kan?

So chill lah kan, kita kenal diri kita. Aku lambat matang pun, tetapi aku ada impian and target dalam hidup sendiri. Lambat atau cepat je :)

By,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Don't forget to leave your comment friends :)