Move on deeply

Bismillahhirrahmannirrahim.
Dengan rasa pilu dengan rasa sedih aku menekan keyboard yang ada dihadapan mata. Hari ni bersamaan 12 November 2017 pada jam 4.48pm

Serius aku tak tahu nak mula dari mana. Terlalu bercelaru dalam kepala sejak kebelakangan ni. Kira kira beberapa bulan yang lepas (tak sure), aku diberitahu entah siapa pun aku tak sure, mungkin sepupu mungkin mak aku tentang my ex nak kahwin. Idk abt my feeling masatu.

Maybe macam endah tak endah sebab mungkin la date tuh jauh lagi dari date yang my ex nak kahwin so aku tak rasa apapun la. Aku tak tahulah mungkin ego aku masih lagi melekat pada masa tu yang aku sendiri tak perasan.

Hari demi hari pun makin mendatang jadi aku pun buatlah research terlebih dahulu tentang perginya seseorang tu ke majlis kenduri kahwin ex seseorang tu. Pada awalnya aku cuma tanya pendapat kawan kawan kalau dorang sendiri ada di tempat aku dorang pergi ke atau tidak.

Sejujurnya pendapat mereka semua still buat aku 50/50, idk ada yang cakap dorang takkan pergi and ada yang cakap pergi jelah takde apapun, makan makan kan. Masatu aku still tak dapat rasa apa perasaan aku waktu tu.

Dengan perasaan yang still tak dapat jawapan aku buat keputusan untuk google kisah kisah orang yang pergi ke majlis kenduri ex dorang, search kat fb pun ada cari juga. Ada someone yang share cerita dia kat fb, perempuan ni positif je dia fikir macam takde benda la maybe dia rasa dah move on dia pun pergilah majlis ex dia. Lepas tu, lepas dia balik dari majlis tu dia punya lah menyesal sebab pergi wedding ex dia. Dia sampai nasihatkan kat rakan fb supaya kalau berada di situasi dia harap
kita ni tak lah pergi ke wedding ex.

Masa tu aku still and still taktahu nak pergi ke tak. Aku pun diamkan diri malas nak fikir buat serabut kepala otak je. Kerja dan terus kerja macam biasa. Before two week majlis kahwin my ex dah nak tiba, parents dia pun datanglah kerumah aku untuk menjemput my family. Aku tak jumpa pun family dia sebab aku dalam bilik tgh membongkang.

Lepas mak ayah ex aku balik, mak aku pun dah masuk bilik tidur. Aku pergi lah gatal mata ni nak tengok kad kahwin dia. Lepas baca nama tu, aku tak tahu la  tiba tiba hati ni berubah tak tahulah nak sedih ke gembira untuk dia. Aku tak faham kenapa selepas tu mood aku terus berubah.

Dah 5 tahun dah aku dengan dia dah takde pape tapi bila tengok kad kahwin dia kenapa aku terus berubah eh. Apa yang aku tahu sebelum ni aku tak kisah pun tak bersama dia lagi walaupun aku still stalker dia, stalker gambar dia dgn orang baru dia.

Lepastu baru aku sedar 5 tahun kedepan selepas aku takde pape dengan dia aku sebenarnya still belum move on. WHY ha? Aku tengok kad kahwin tu aku cakap dgn diri aku kenapa bukan aku, kenapa bukan nama aku.. aku nak kahwin dengan kau. Aku tak pernah pun terfikir sampai mcm tu sekali sebelum ni tapi kenapa selepas semuanya dah terlalu lambat aku mcm tu.

Seminggu sebelum wedding tu aku nekad nak jumpa dia, aku sedih aku rasa nak luahkan semuanya kat dia apa yang aku tak perasan selama 5 tahun ni. Sumpah luahan yang aku buat bukanlah nak merosakkan wedding dia yang betul betul dah dekat. Aku cuma mahu mengurangkan beban didada aku yang telah lama aku simpan.

Awok, sorry sangat sangat untuk diri ni yang tak tahu menghargai sebelum ni. Banyak dah diri ni lukakan hati awok tuh. Orang marah kenapa awok chat org tanpa missed one day pun beberapa hari sebelum majlis awok tuh. Padahal org cuma nak luahkan apa yang orang rasa yang dia sendiri mungkin nak sangat jawpan dari orang selama ni. Bila awok chat orang tanpa tinggal satu hari,
bila tiba wedding awok, awok hilang orang sedih sangat.

Awok kata awok rasa bersalah dgn orang tapi awok menyanyi depan orang depan orang ramai. Awok nak orang datang sebab awok nak tengok orang okay, awok nak pastikan orang okay kalau orang bebetul datang. Orang sendiri tak expect org akan sakit hati sampai macamtu bila tengok awok dengan baju pengantin. Hati orang hancur sangat.

Orang ingat sampai sekarang and takkan lupa pandangan terakhir awok masa orang bebetul tinggalkan awok waktu majlis awok. Sebenarnya orang tak sanggup nak tengok muka awok tapi org paksa diri juga untuk lihat awok buat kali terakhir.

Awok, jangan minta maaf dgn orang langsung please. Orang dah maafkan awok dah pun and honestly awok takde silap apapun dengan org cumaa bukan bahagian "kita". Malah orang yang patut minta maaf kat awok.

Orang doakan dia tau dengan hidup baru dia.. jangan risaukan orang and please jangan fikir pun pasal orang. Orang okay je. Awok deserved dgn suami awok, org tak kenal pun suami awok secara personal tapi i know dia mesti baik and better than orang, itu pasti.

Terima kasih tau sebab dalam banyak banyak orang kenal, dia paling baik.. dia ada time orang susah senang. Time orang sedih jatuh terduduk dia ada untuk bangunkan orang, dia ada masa arwah abah tinggalkan orang, terima kasih sangat sangat.

Orang akan cuba awok, orang akan cuba move. Im okay :)
11-11 hari yang takkan pernah aku lupakan. Bad day ever. Already miss you..
Allah je tahu macam mana hati ni waktu sehari sebelum wedding tu
dan pada hari wedding tuu 😢😢😢
"Goodbye the hardest word to say it".


Assalamualaikum.
By,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Don't forget to leave your comment friends :)