Kecewa tapi Tak Perlu



Apa lagi ni? Tajuk asyik sedih duka je, happy tak nak share ke.
Nak buat macam mana kan, lebih banyak duka dari suka.
Minggu lepas bukak fb (hari-hari bukak rasanya) jenguk fb kawan,
kawan baik kawan rapat la dulu macam adik beradik.. aku macam adik dia macam abang.

Aku pernah jatuh, dia tolong aku time susah. Honestly aku tak pernah
lupa jasa baik kau. Family kau dah macam family aku. Hal hal macam
kawan baik, tempat kerja aku suka share dengan mak aku. Hm 2018, kau
dah kahwin kan. Happy untuk kau tapi aku kecewa mungkin aku antara
'adik beradik' kau yang paling last tahu, tahu dengan sendirinya.

Mungkin kau dah lupa aku.. atau kau sendiri tak tahu macam mana
nak contact yang dah lost contact (ada je boleh pm fb "mungkin").
Entahlah, pernah juga mention dan tag fb kau tapi aku rasa fb kau dah
tak aktif dah. Apa dalam kepala aku, kau ingat aku lagi ke tak, kau rindu
aku tak macam mana aku rindu kau. Aku rindu kau ngan rashid.

Rindu gila kita 3 orang. Sebenarnya aku yang kena bangun, sedar.
2018 sekarang dan kau dah setengah dari umur 20-an tapi still boleh
fikir macam tu macam kebudak-budakan. Aku just rindu je, bukan
nak pertikai hidup kau tapi entahlah. Rasanya aku takde hak nak fikir
macam tu and assume kau lupa aku ke apa kan.

Sekarang kau dah kahwin, hidup kena terus gerak macam tu jugak dengan aku. Aku doakan
kau bahagia dengan isteri kau. Aku takkan lupa jasa kau okay. Insha Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Don't forget to leave your comment friends :)