buka mata, lihat.
otak berfikir untuk menggerakkan urat sendi ini supaya bangun.

pilihan, mahu terus berjalan atau berhenti.
kau penat? rehat sekejap.
jangan berhenti.

rasa sakit pandang keatas? rasa perit?
lihat bawah, rasa bersyukur bukan?

orang kata kalau nak berjalan, terus berjalan.
usah toleh kebelakang.
end up, kau kena pandang juga kebelakang.
bukan untuk patah balik, untuk berfikir.

barakallahu.
tahniah untuk kamu yang dah berlari.
usah tegur yang masih berjalan.
tak semua manusia diberi 'kaki' yang sempurna untuk berlari.
asal tahu bersyukur kerana masih mampu berjalan.

tidak berjalan, dapat melihat.
tidak melihat, dapat mendengar.
tidak mendengar, dapat bernafas.

                                                                                             

Tiada ulasan:

Catat Ulasan